Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham

infoalya.com 

Tokoh-tokoh Islam bukanlah berita baru ditelinga  dunia internasional, banyak diantara hasil karya para ilmuwan Islam yang diakui dan digunakan sampai saat ini.  Salah seorang ilmuwan Islam yang karya-karyanya diakui dan dijadikan rujukan bagi dunia internasional sampai saat ini adalah

Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham. Dalam kalangan cendikiawan di Barat, beliau dikenali dengan nama AlhazenIbnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bertepatan dengan 965 Masehi,  Ia memulai pendidikan di Basrah sebelum akhirnya dilantik menjadi pegawai pemerintahan di kota kelahirannya. Setelah beberapa lama berjuang dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau melanjutkan pengkajian dan berkonsentrasi pada penulisan. 
Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa penelitian mengenai aliran dan saluran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan uang saku dalam menempuh perjalanan menuju Universitas Al-Azhar. Hasilnya adalah  beliau telah menjadi seo­rang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, mate­matik, geometri, pengobatan, dan falsafah. 

Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengkajian sains di Barat. Bahkan  kajiannya mengenai pengobatan mata telah menjadi asas pada pengkajian pengobatan modern mengenai mata sampai saat ini. Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penelitian. Penelitiannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan  mikroskop serta teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiandalam buku ini banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar terjadi  apabila mata­hari berada di garis 19 derajat di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila mata­hari berada di garis 19 derajat ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah membuktikan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terciptalah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kaca  pembesar yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemukan prinsip tekanan  udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella menemukan hal serupa dalam 500 tahun kemudian.
 
Ibnu Haitham juga telah menemukan gaya tarik bumi sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Hai­tham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung  secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan gambar bergerak. Teori beliau telah membawa kepada penemuan film yang kemudian disambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tonton sampai saat ini. Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logika, metafisika, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Karena  itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih digunakan sampai saat ini.
Sangat disayangkan sebagian karyanya telah "dicuri" dan "disadur" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang wajar kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropa masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham, bapak Ilmu Optik
lahir di Basra, Persia (sekarang Iraq) tahun 965
wafat di Cairo, Egypt tahun1040


[+] Silahkan tinggalkan komentar
[+] Berkomertarlah dengan santun
[+] Mohon tidak meninggalkan live link
[+] Terima kasih untuk komentar anda

https://infoalya.com

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post